Sunday, September 30, 2012

Mustajab best

Assalamualaikum. harini pusing satu kl-selangor bukan sebab SENGAJA NAK JALAN JALAN HABISKAN MINYAK KERETA tapi sebab sesat okay. dari wangsa walk teruih ke seksi 17 ehh seksyen 17. hmm cfs sat. pastu sunway pyramid gaza sampai malam. sungguh diri ini sangat malas untuk caps lock mahupun editot suma suma ini. sahaja memenuhi prinsip-an diri update blog guna p1 baru beli tadi we olls gadis2 kaed mahallah ameenah a.k.a MAHALLAH PALINGG CHANTEK KAT UIA. ok beteri laptop nak habis malas nak cari charger dalam gelap. kbye

owh berkenaan tajuk, malam ni buka tingkap sebab nak rasa angin cinta malam2 ni beskot sejukkk. so nyamuk banyak kaki pun lenguh shopping window pintu semua tarok mustajab besttttt.

Friday, August 31, 2012

Famous Amos Cookies

Assalamualaikum. Sebut cookies teringat Kookie (sparta a.k.a Kim Jong Kook) mwehehe. As a title above rupa cookies aku buat ni taksama pun dengan femes amos sebenarnya. Rasa pun takla sama sangat...tapi boleh saja kalau nak betul betul macam femes amos just tambah extra gula, ganti macadamia and lebih koko sikit. Pastu adunan tu biar lembik sikit. Memandangkan aku suka makan cookies ni kira kali ke9 10 11 12 dah aku buat...letak almond gajus choco chips saja pun aku dah try. Takda hal kalau nak eksperimen takikot betul2 pun sebab rasa lebih kurang saja. Amat laa dukacita cari gambar cookies ni yg sebelum2 ni takjumpa so letak gambar latest la...yang sangat takchantek huu


yolk hancur berkecai. okay ini sangat selekeh
Bahan bahan: (ambil kat blog sapa ntah si munirah kasi link dulu)



  • 250 gram mentega
  • 280 gram tepung gandum
  • 10 gram serbuk koko
  • 150 gram gula kastor
  • 100 gram sebarang kekacang
  • 100 gram chocolate chips
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 esen vanilla
  • 1/2 soda bikarbonat
  • 1 biji kuning telur
  • secubit garam



  • Cara caranya:
    Pukul mentega, gula kastor and esen sampai kembang pastu masukkan telur. Then, (Tepung gandum + tepung jagung + susu tepung + soda + coco powder ) mix semua.Ingat tauu better ayak dulu sebab ..ermm apa ntah sebabnya tapi bagus untuk cookies/cake hehe..aku agak la mungkin nak bagi adunan tu smooth kot bila tepung tu semua mix well. Lepas ayak tu masukkan secubit garam sikit and kacau sehingga garam itu sebati dengan itu tepung. Pastu masukkan geng tepung itu tadi kedalam geng mentega sikit2 nanti senang nak sebati dan menyenangkan kau punya mesin nak berputar dan juga mengelakkan dapur kau dari dibedak tepung. mwehehe


    Okay, dah jadi lebih kurang macam gambar atas ni then masukkan sebarang kekacang yang telah dibeli itu dengan jumlah yang telah dinyatakan bersama choco chips. Haa putar lah sampai sebati semuanya. Maka siap sudah adunan cookies tersebut dan sedia untuk dibentuk untuk dibakar. 

     

    daa.



    Tuesday, August 28, 2012

    ..lagi Eid Mubarak

    Assalamualaikum.

    AWAS! Gambar gambar yang bakal dipamerkan mengandungi unsur unsur exposure yang berlebihan/kekurangan. Maaf, beta hanyalah insan comel yang lemah serta kekurangan ilmu fotografi. Tengah upgrading diri dari 'pemilik dslr' kepada 'pro photographer'. Mohon kerjasama, jangan mengertertawakan beta (hiraukan penggunaan BM yang melampau). Sebarang kritikan sila lontarkan di ruangan comment below this post (ceee omputih).


    Saja gempaq. to be honest lah kan takada apa pun. Nak dijadikan cerita pagi raya dah pegang siap kemere tengok tengok tinggal satiuww bar beteri. hadoii. sumpah rasa macam nak pengsan!!
    Pakcik Makcik: ce tangkap dari sini, ce setting macam ni, ce set bagi tangkap sendiri..ce ni ce tu cecececececece. 
    Wuarghhhhhh. Malas nak taip panjang panjang tapi nak bagitau jugak akan perasaan I yang lagi fragile ni sure kena marah teqok habaq hang kalau tetiba epic moment nak tangkap gambar keluarga semua gather baby nikon I collapse.

    Monday, August 20, 2012

    1 Syawal 1433

    Assalamualaikum, Selamat Hari Raya. 


    Lumrah hari raya yang bau bau bacang, ketupat pulut semua akan berkumpul salam salam even muka pun tak pernah nampak, kadang nama pun aku tak tahu. Ada gosip kata ko di kalangan makcik2 aku yang lagi kepoh pasal anak makcik aku sorang ni kerja dekat Dubai dan secara ramyun/ramen/mee segeranyaaaa makcik ni dapat title 'mak jutawan' hehhh. whatdaaaa. Memang habis mami jarum la makcik ni, mulut tu aku rasa macam nak jahit takpun kasi sumbat Bobo. Sotsetsot lagi katanya gaji average 70k sebulan. Well aku sebenarnya taktahu sangat pasal engineer and scale gaji dekat Dubai ni but reallyyy? Itu abang dah lama tak balik kampong, muka pun aku dah lupa...ok cerita raya nexttt


    Family aku yang jauh dekat kiri kanan semua kalau bab masak no satu. Biasalaa orang kampong rumah dekat dekat. 7 buah rumah sekali masak lain lain. Harini makcik aku (adik ipar mak) masak nasi beriyani dengan daging kambing. I obses kot dengan daging kambing ni. Rumah makcik sebelah pulak (cousin mak aku) buat laksa kedah..hmm aku taksuka. I suka laksa johor mweh mweh. Satu lagi cousin mak aku buat bihun goreaangg..hmm dah kenyang. Tok aku buat rendang..lagi rendang dan rendang. Ok nanti I makan yaa tok. Ok dengar orang panggil~ blog updated. hehehe


    SHR - T

    Wednesday, August 15, 2012

    Its Julia Child!

    Assalamualaikum. Salam 1Mesia ohoo.
    Its Julia Child's 100th birthday! Have you heard about her? Yang aku faham Julia was a very mery famous chef dekat America. Its like dia yang pertama introduce French cuisine in English! mweh mweh. Kalau malas sangat nak google baca biography dia apa kata download movie pasal dia. Lakonan mantap Meryl Streep as Julia Child.


    ini dia yang sebenar. malas tulis essay, ok daa~


    French food nyum nyum

    Sunday, August 12, 2012

    Puding Jagung

    Assalamualaikum. Berbuka harini dengan puding jagung pulak. Tadi terima arahan kena potong itu jagung pastu dah siap boleh pulak mak cakap 'hmm jagung tu simpan lah dulu..' -.- grrrrr..okay mak! soq/sahur nanti takyah buat cucur jagung, kak nak buat puding! *lari masuk bilik tengok resepi.




    Bahan bahan:
    3 biji jagung (ambil isi)
    600ml santan/susu segar (aku pakai susu)
    3 sudu makan tepung jagung/kastad (aku pakai kastad sebab takda pewarna kuning)
    5-6 sudu besar gula (4 sudu pun dah cukup manis, mungkin sebab aku pakai susu..kalau santan letak 5-6 okay kot)
    Cara cara:
      kacau kacau kacau sampai jadi macam gambar bawah
    1. kisar jagung bersama santan/susu dengan blender sampai hancur. pastu tapiskan dan masukkan ke dalam kuali dengan api kecil. (aku tak tapiskan pon sebab nak texture dia rough sikit (alasan). err act malas nak tapis hehe)



    2. pastu masukkan gula dan tepung. kacau sampai pekat. (err aku tak ikut pun step ni sebab tadi dah hentam blend sekali dengan tepung, gula hehe) <-- jangan tiru. nak tiru pun boleh takda masalah pun. Macam la ada orang nak tiru resepi yang aku curi ni. *forever alone*
    3. okay dah pekat, kasi angkat masukkan dalam bekas dan biarkan sejuk. siap.


    daa~



    Tiada Gambar

    Assalamualaikum. Sedikit pengakuan yang berani pengsan, ehem aku sememangnya mempunyai tabiat yang sangat perlu dihakis. Satu perasaan yang susah nak diconvert kepada ayat iaitu bila nak keluar dah siap chantek chantek kemas kemas tetiba rasa malas nak keluar muncul. Dari pakai shawl lilit ala balut hadiah hari jadi terus rasa nak tukar tudung bawal yang dah pakai minggu lepas tapi dah basuh okay. Itupun kalau jadi keluar jugak so aku akan tukar pakai macam manusia normal balik tanpa lilit mahupun belt berkaler atau beg bercorak. Yes hidup memang drama. Agak relate dengan blog baru seakan website masakan tak bertauliah. Dah hias sedikit bercorak dengan 2 3 4 kali mengadap html/javascript....macam malas pula nak tulis blog. Arghh mohon diri jadi lebih matang please~ |-.-| <--Kang Gary