Assalamualaikum, salam Ramadhan yang ke 16 harini baca doa qunud kan? err takpi terawih pun tadi, InsyaAllah esok pi!
Well, kimchi kat Korea as we know kalau kat Malaysia standard belacan la kata ko. Pagi tadi borak lama dengan pakcik google last2 jumpa juga resepi yang paling simple dan munasabah untuk orang yang takda duit dahtu kurang bijak dengan masakan macam aku ni.
Bahan bahan:
Kobis putih atau kobis panjang satu biji
sebiji buah pear- suka hati nak potong macam mana janji senang nak blend. sila buang kulit
sebiji bawang besar - ini pun sama
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 sudu sos ikan
10 sudu serbuk cili- ini pun dah cukup pedas, kalau nak tambah lagi sila tambah sikit sos ikan atau air ka sebab nanti nak blend susah pastu sos mungkin akan jadi terlebih pekat dan tak sebati.
garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa (ini apa yang ditulis dekat resepi asal)
2 batang/helai (?) daun bawang potong kecik ya (aku tak letak pun)
 |
sos ikan |
 |
sepatutnya kobis putih yang panjang tu tapi dah cari takjumpa, kobis ni pun boleh~ |
Cara caranya:
- selepas kobis dipotong dengan mengikut citarasa anda, isikan air tapi takyah la sampai karam semua kobis. Masukkan garam dan gaulkan. Resepi asal tak tulis pun garam banyak mana just secukup rasa. Maka pandai pandai lah anda mengagaknya tapi pendapat aku jangan banyak sangat biar air rendaman tu kurang masin sebab nanti sos kimchi letak sos ikan yang sememangnya masin. Biarkan selama 4-5 jam dlm fridge.
- Ok untuk sos, blend semua bahan di atas kecuali daun bawang. Aku tak masukan garam dah sebab takut terlebih masin. Blend sampai comel semua, takda ketul2. Then tuang kedalam mangkuk pastu masukan daun bawang gaul sampai rata.
- Tos kan kobis tadi then campurkan dengan sos gaul sampai rata.
 |
act, sos yang aku buat ni terpekat sikit sebab terlebih serbuk cili pastu aku tak tambah sos ikan . |
Better guna bekas yang ada penutup nanti nak simpan dalam fridge berminggu minggu pun senang. Lagi lama lagi sedap kot..please la jangan cakap kau taktengok FO. hoho