Saturday, August 11, 2012

Puding Peach

Assalamualaikum, salam ramadhan. Harini satu lagi dessert simple iaitu puding peach ala aku. Resepi diambil dari cik tenet (macam biasa). Recipe, approved. mweh mweh'

Bahan bahan:
  • 1 tin buah peach
  • 500 ml susu cair @ segar
  • 500 ml air suci bersih terhindar daripada segala kuman (over)
  • 1/2 cawan gula (nak kurang manis? maka kurangkanlah kuantiti gula)
  • 1 paket agar-agar serbuk = 12g
  • 1 1/2 tbs tepung jagung campur dengan 2 tbs air - jadikan pes (maksudnya bancuhan pekat *fahaman aku)
  • sedikit esen vanilla dan pewarna kuning (aku takletak pun pewarna)


Cara Buat:
  1. Masak serbuk agar2 bersama gula dan air sirap buah peach hingga gula larut dan agak mendidih di atas api perlahan.
  2. Masukkan susu dan kacau sampai agak mendidih.
  3. Masukkan esen vanilla dan pewarna.
  4. Pastu masukkan pes tepung jagung dan kacau sampai sebati.
  5. Letak la acuan/cawan apa pun isi dengan buah peach dan tuangkan  err nak panggil apa ya...hmm bancuhan itu tadi! tadaa dah pun siap. sila biar puding ini sejuk dulu sebelum disimpan ke dlm peti sejuk... 
THANKYOU.




No comments:

Post a Comment