Assalamualaikum, ohoii tadi berbuka makan sikit saja sebab letih berdiri lama. Pagi tadi kemas kemas rumah pastu teman mak pegi Giant beli barang, balik terus tolong apa yang patut and start buat cupcake. Memandangkan juga durian ada lebih and memandangkan juga semua bahan untuk muffin ada so apa tunggu lagi~ apa tunggu lagi~ (sila baca dengan nada orang berzapin) okay taklawak -.-
Mari cekedout bahan bahannya:
- dalam buku tulis 5 ulas durian tapi aku hentam lebihan durian. aci kot. sebenarnya suka hati nak letak banyak mana as long adunan muffin kau tak bertukar jadi ketul batu.
- 100gm margerin
- 160gm gula perang (cousin aku cakap beza antara gula biasa dengan gula perang ialah pada harumannya. mohon sahihkan :D)
- 1 biji telur
- 1 tsp esen vanilla
- 1 tsp parutan kulit limau (check dalam fridge ada lemon saja....lemon pon boleh~)
- 210gm tepung serbaguna (saja malas nak cari tepung lain so aku guna tepung berserbuk penaik)
- 1 1/2 tsp serbuk penaik (dah pakai tepung berserbuk penaik..takpayah cari pasal nak letak lagi)
- 1/2 tsp garam
- 1 tsp serbuk kulit kayu manis
- 3/4 cawan susu segar
- 80gm badam, gajus atau apa sahaja jenis kekacang, please la bijak sikit tak payah la letak kacang panjang atau bendi pula hish
Cara Membuat:
- As usual pukul marjerin dengan gula perang and then masukan telur, esen vanilla dan parutan kulit limau.
- Ayak tepung, serbuk penaik dan serbuk kulit kayu manis pastu masukan garam. Mix ah semua sampai sebati.
- Tuangkan geng tepung tadi ke dalam si marjerin suma tu sambil selang selikan dengan susu.
- Pastu masukan isi durian dan kacang. Maka setelah diputar semuanya jadilah seperti gambar di atas.
- Adunan tersebut masukan dalam cup (aku lupa beli cup muffin daaa, lain sikit sebenarnya dari cupcake) then bakar dengan kadar suhu 180c. Muffin ni lama sikit nak masak berbanding cupcake. So rajin rajin la zoom mata ke dalam ketuhar nak cari warna gold.
- Hias dan sedia dihidangkan (standet ayat wajib buku resepi <----)
 |
hmm hmm~ |
 |
tadaa
|
Thankyou~
No comments:
Post a Comment