Friday, August 31, 2012

Famous Amos Cookies

Assalamualaikum. Sebut cookies teringat Kookie (sparta a.k.a Kim Jong Kook) mwehehe. As a title above rupa cookies aku buat ni taksama pun dengan femes amos sebenarnya. Rasa pun takla sama sangat...tapi boleh saja kalau nak betul betul macam femes amos just tambah extra gula, ganti macadamia and lebih koko sikit. Pastu adunan tu biar lembik sikit. Memandangkan aku suka makan cookies ni kira kali ke9 10 11 12 dah aku buat...letak almond gajus choco chips saja pun aku dah try. Takda hal kalau nak eksperimen takikot betul2 pun sebab rasa lebih kurang saja. Amat laa dukacita cari gambar cookies ni yg sebelum2 ni takjumpa so letak gambar latest la...yang sangat takchantek huu


yolk hancur berkecai. okay ini sangat selekeh
Bahan bahan: (ambil kat blog sapa ntah si munirah kasi link dulu)



  • 250 gram mentega
  • 280 gram tepung gandum
  • 10 gram serbuk koko
  • 150 gram gula kastor
  • 100 gram sebarang kekacang
  • 100 gram chocolate chips
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 esen vanilla
  • 1/2 soda bikarbonat
  • 1 biji kuning telur
  • secubit garam



  • Cara caranya:
    Pukul mentega, gula kastor and esen sampai kembang pastu masukkan telur. Then, (Tepung gandum + tepung jagung + susu tepung + soda + coco powder ) mix semua.Ingat tauu better ayak dulu sebab ..ermm apa ntah sebabnya tapi bagus untuk cookies/cake hehe..aku agak la mungkin nak bagi adunan tu smooth kot bila tepung tu semua mix well. Lepas ayak tu masukkan secubit garam sikit and kacau sehingga garam itu sebati dengan itu tepung. Pastu masukkan geng tepung itu tadi kedalam geng mentega sikit2 nanti senang nak sebati dan menyenangkan kau punya mesin nak berputar dan juga mengelakkan dapur kau dari dibedak tepung. mwehehe


    Okay, dah jadi lebih kurang macam gambar atas ni then masukkan sebarang kekacang yang telah dibeli itu dengan jumlah yang telah dinyatakan bersama choco chips. Haa putar lah sampai sebati semuanya. Maka siap sudah adunan cookies tersebut dan sedia untuk dibentuk untuk dibakar. 

     

    daa.



    Tuesday, August 28, 2012

    ..lagi Eid Mubarak

    Assalamualaikum.

    AWAS! Gambar gambar yang bakal dipamerkan mengandungi unsur unsur exposure yang berlebihan/kekurangan. Maaf, beta hanyalah insan comel yang lemah serta kekurangan ilmu fotografi. Tengah upgrading diri dari 'pemilik dslr' kepada 'pro photographer'. Mohon kerjasama, jangan mengertertawakan beta (hiraukan penggunaan BM yang melampau). Sebarang kritikan sila lontarkan di ruangan comment below this post (ceee omputih).


    Saja gempaq. to be honest lah kan takada apa pun. Nak dijadikan cerita pagi raya dah pegang siap kemere tengok tengok tinggal satiuww bar beteri. hadoii. sumpah rasa macam nak pengsan!!
    Pakcik Makcik: ce tangkap dari sini, ce setting macam ni, ce set bagi tangkap sendiri..ce ni ce tu cecececececece. 
    Wuarghhhhhh. Malas nak taip panjang panjang tapi nak bagitau jugak akan perasaan I yang lagi fragile ni sure kena marah teqok habaq hang kalau tetiba epic moment nak tangkap gambar keluarga semua gather baby nikon I collapse.

    Monday, August 20, 2012

    1 Syawal 1433

    Assalamualaikum, Selamat Hari Raya. 


    Lumrah hari raya yang bau bau bacang, ketupat pulut semua akan berkumpul salam salam even muka pun tak pernah nampak, kadang nama pun aku tak tahu. Ada gosip kata ko di kalangan makcik2 aku yang lagi kepoh pasal anak makcik aku sorang ni kerja dekat Dubai dan secara ramyun/ramen/mee segeranyaaaa makcik ni dapat title 'mak jutawan' hehhh. whatdaaaa. Memang habis mami jarum la makcik ni, mulut tu aku rasa macam nak jahit takpun kasi sumbat Bobo. Sotsetsot lagi katanya gaji average 70k sebulan. Well aku sebenarnya taktahu sangat pasal engineer and scale gaji dekat Dubai ni but reallyyy? Itu abang dah lama tak balik kampong, muka pun aku dah lupa...ok cerita raya nexttt


    Family aku yang jauh dekat kiri kanan semua kalau bab masak no satu. Biasalaa orang kampong rumah dekat dekat. 7 buah rumah sekali masak lain lain. Harini makcik aku (adik ipar mak) masak nasi beriyani dengan daging kambing. I obses kot dengan daging kambing ni. Rumah makcik sebelah pulak (cousin mak aku) buat laksa kedah..hmm aku taksuka. I suka laksa johor mweh mweh. Satu lagi cousin mak aku buat bihun goreaangg..hmm dah kenyang. Tok aku buat rendang..lagi rendang dan rendang. Ok nanti I makan yaa tok. Ok dengar orang panggil~ blog updated. hehehe


    SHR - T

    Wednesday, August 15, 2012

    Its Julia Child!

    Assalamualaikum. Salam 1Mesia ohoo.
    Its Julia Child's 100th birthday! Have you heard about her? Yang aku faham Julia was a very mery famous chef dekat America. Its like dia yang pertama introduce French cuisine in English! mweh mweh. Kalau malas sangat nak google baca biography dia apa kata download movie pasal dia. Lakonan mantap Meryl Streep as Julia Child.


    ini dia yang sebenar. malas tulis essay, ok daa~


    French food nyum nyum

    Sunday, August 12, 2012

    Puding Jagung

    Assalamualaikum. Berbuka harini dengan puding jagung pulak. Tadi terima arahan kena potong itu jagung pastu dah siap boleh pulak mak cakap 'hmm jagung tu simpan lah dulu..' -.- grrrrr..okay mak! soq/sahur nanti takyah buat cucur jagung, kak nak buat puding! *lari masuk bilik tengok resepi.




    Bahan bahan:
    3 biji jagung (ambil isi)
    600ml santan/susu segar (aku pakai susu)
    3 sudu makan tepung jagung/kastad (aku pakai kastad sebab takda pewarna kuning)
    5-6 sudu besar gula (4 sudu pun dah cukup manis, mungkin sebab aku pakai susu..kalau santan letak 5-6 okay kot)
    Cara cara:
      kacau kacau kacau sampai jadi macam gambar bawah
    1. kisar jagung bersama santan/susu dengan blender sampai hancur. pastu tapiskan dan masukkan ke dalam kuali dengan api kecil. (aku tak tapiskan pon sebab nak texture dia rough sikit (alasan). err act malas nak tapis hehe)



    2. pastu masukkan gula dan tepung. kacau sampai pekat. (err aku tak ikut pun step ni sebab tadi dah hentam blend sekali dengan tepung, gula hehe) <-- jangan tiru. nak tiru pun boleh takda masalah pun. Macam la ada orang nak tiru resepi yang aku curi ni. *forever alone*
    3. okay dah pekat, kasi angkat masukkan dalam bekas dan biarkan sejuk. siap.


    daa~



    Tiada Gambar

    Assalamualaikum. Sedikit pengakuan yang berani pengsan, ehem aku sememangnya mempunyai tabiat yang sangat perlu dihakis. Satu perasaan yang susah nak diconvert kepada ayat iaitu bila nak keluar dah siap chantek chantek kemas kemas tetiba rasa malas nak keluar muncul. Dari pakai shawl lilit ala balut hadiah hari jadi terus rasa nak tukar tudung bawal yang dah pakai minggu lepas tapi dah basuh okay. Itupun kalau jadi keluar jugak so aku akan tukar pakai macam manusia normal balik tanpa lilit mahupun belt berkaler atau beg bercorak. Yes hidup memang drama. Agak relate dengan blog baru seakan website masakan tak bertauliah. Dah hias sedikit bercorak dengan 2 3 4 kali mengadap html/javascript....macam malas pula nak tulis blog. Arghh mohon diri jadi lebih matang please~ |-.-| <--Kang Gary

    Saturday, August 11, 2012

    Puding Peach

    Assalamualaikum, salam ramadhan. Harini satu lagi dessert simple iaitu puding peach ala aku. Resepi diambil dari cik tenet (macam biasa). Recipe, approved. mweh mweh'

    Bahan bahan:
    • 1 tin buah peach
    • 500 ml susu cair @ segar
    • 500 ml air suci bersih terhindar daripada segala kuman (over)
    • 1/2 cawan gula (nak kurang manis? maka kurangkanlah kuantiti gula)
    • 1 paket agar-agar serbuk = 12g
    • 1 1/2 tbs tepung jagung campur dengan 2 tbs air - jadikan pes (maksudnya bancuhan pekat *fahaman aku)
    • sedikit esen vanilla dan pewarna kuning (aku takletak pun pewarna)


    Cara Buat:
    1. Masak serbuk agar2 bersama gula dan air sirap buah peach hingga gula larut dan agak mendidih di atas api perlahan.
    2. Masukkan susu dan kacau sampai agak mendidih.
    3. Masukkan esen vanilla dan pewarna.
    4. Pastu masukkan pes tepung jagung dan kacau sampai sebati.
    5. Letak la acuan/cawan apa pun isi dengan buah peach dan tuangkan  err nak panggil apa ya...hmm bancuhan itu tadi! tadaa dah pun siap. sila biar puding ini sejuk dulu sebelum disimpan ke dlm peti sejuk... 
    THANKYOU.




    Friday, August 10, 2012

    Ikan Tiga Rasa

    Assalamualaikum, hello~ harini lepas balik dari pasar besar serius mengantuk dan malas nak jejak kaki ke dapur..tapi apakan daya demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kalau bukan sekarang nak belajar favourite dish orang tuu~ hehehe bila lagi ada kesempatan kan. Mula mula ingat setakat kena tolong mak saja buat tapi tetiba boleh pula mak suruh cari resepi sendiri dan buat sendiri! oyeahh~ daebak~
    *duckface*

    dah taknampak rupa ikan.


    Here we go the stolen recipe from tenet. tehee

    • sekor ikan siakap
    • sedikit bawang putih
    • 1 inci halia (potong kecik panjang teuww)
    • 2 biji tomato/tomat. ;p
    • 6 biji cili merah
    • 10 biji cili padi (aku tak letak pun sebab takselera nak makan pedas2)
    • 2 sudu sos tiram
    • 2 sudu sos cili
    • 1 sudu sos tomato
    • sedikit gula, garam
    • bunga kobis, carrot (potong halus dan goreng dengan minyak yang sedikit separuh masak.)


    Cara memasak:
    1. Goreng ikan macam biasa dan letak tepi.
    2. SOS- bawang putih dengan cili kasi blend, 2 biji tomato blend asing letak tepi. 
    3. okay now campurkan semua yang blend tadi dengan sos tomato, cili dan tiram. Masukkan gula dan garam yang ni agak2 la. 
    4. masukan halia. kacau kacau kacau. ok dah tutup api.
    5. ikan tadi boleh la dihias dengan kobis and carrot yang digoreng tadi then tuang la sos tu. dahh siap sedia dihidangkan.
    6. sambung tidoq.

    Monday, August 6, 2012

    Favorite Food

    Burger sendiri letak banyak salad dengan bawang.
    Selalu buat tiap malam, macam ni susah lah kan berat nak turun hehe.


    oh segalanya bokeh


    Kimchi

    Assalamualaikum, salam Ramadhan yang ke 16 harini baca doa qunud kan? err takpi terawih pun tadi, InsyaAllah esok pi!

    Well, kimchi kat Korea as we know kalau kat Malaysia standard belacan la kata ko. Pagi tadi borak lama dengan pakcik google last2 jumpa juga resepi yang paling simple dan munasabah untuk orang yang takda duit dahtu kurang bijak dengan masakan macam aku ni.


    Bahan bahan:
    Kobis putih atau kobis panjang satu biji
    sebiji buah pear- suka hati nak potong macam mana janji senang nak blend. sila buang kulit
    sebiji bawang besar - ini pun sama
    3 ulas bawang putih
    1 inci halia
    5 sudu sos ikan
    10 sudu serbuk cili- ini pun dah cukup pedas, kalau nak tambah lagi sila tambah sikit sos ikan atau air ka sebab nanti nak blend susah pastu sos mungkin akan jadi terlebih pekat dan tak sebati.
    garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa (ini apa yang ditulis dekat resepi asal)
    2 batang/helai (?) daun bawang potong kecik ya (aku tak letak pun)

    sos ikan


    sepatutnya kobis putih yang panjang tu tapi dah cari takjumpa, kobis ni pun boleh~

    Cara caranya:

    1. selepas kobis dipotong dengan mengikut citarasa anda, isikan air tapi takyah la sampai karam semua kobis. Masukkan garam dan gaulkan. Resepi asal tak tulis pun garam banyak mana just secukup rasa. Maka pandai pandai lah anda mengagaknya tapi pendapat aku jangan banyak sangat biar air rendaman tu kurang masin sebab nanti sos kimchi letak sos ikan yang sememangnya masin. Biarkan selama 4-5 jam dlm fridge. 
    2. Ok untuk sos, blend semua bahan di atas kecuali daun bawang. Aku tak masukan garam dah sebab takut terlebih masin. Blend sampai comel semua, takda ketul2. Then tuang kedalam mangkuk pastu masukan daun bawang gaul sampai rata.
    3. Tos kan kobis tadi then campurkan dengan sos gaul sampai rata.
    act, sos yang aku buat ni terpekat sikit sebab terlebih serbuk cili pastu aku tak tambah  sos ikan .
    Better guna bekas yang ada penutup nanti nak simpan dalam fridge berminggu minggu pun senang. Lagi lama lagi sedap kot..please la jangan cakap kau taktengok FO. hoho





    Saturday, August 4, 2012

    Durian: Muffin

    Assalamualaikum, ohoii tadi berbuka makan sikit saja sebab letih berdiri lama. Pagi tadi kemas kemas rumah pastu teman mak pegi Giant beli barang, balik terus tolong apa yang patut and start buat cupcake. Memandangkan juga durian ada lebih and memandangkan juga semua bahan untuk muffin ada so apa tunggu lagi~ apa tunggu lagi~ (sila baca dengan nada orang berzapin) okay taklawak -.-
       
    Mari cekedout bahan bahannya:
    • dalam buku tulis 5 ulas durian tapi aku hentam lebihan durian. aci kot. sebenarnya suka hati nak letak banyak mana as long adunan muffin kau tak bertukar jadi ketul batu.
    • 100gm margerin
    • 160gm gula perang (cousin aku cakap beza antara gula biasa dengan gula perang ialah pada harumannya. mohon sahihkan :D)
    • 1 biji telur
    • 1 tsp esen vanilla
    • 1 tsp parutan kulit limau (check dalam fridge ada lemon saja....lemon pon boleh~)
    • 210gm tepung serbaguna (saja malas nak cari tepung lain so aku guna tepung berserbuk penaik)
    • 1 1/2 tsp serbuk penaik (dah pakai tepung berserbuk penaik..takpayah cari pasal nak letak lagi)
    • 1/2 tsp garam
    • 1 tsp serbuk kulit kayu manis
    • 3/4 cawan susu segar
    • 80gm badam, gajus atau apa sahaja jenis kekacang, please la bijak sikit tak payah la letak kacang panjang atau bendi pula hish



    Cara Membuat:
    1. As usual pukul marjerin dengan gula perang and then masukan telur, esen vanilla dan parutan kulit limau.
    2. Ayak tepung, serbuk penaik dan serbuk kulit kayu manis pastu masukan garam. Mix ah semua sampai  sebati.
    3. Tuangkan geng tepung tadi ke dalam si marjerin suma tu sambil selang selikan dengan susu.
    4. Pastu masukan isi durian dan kacang. Maka setelah diputar semuanya jadilah seperti gambar di atas.
    5. Adunan tersebut masukan dalam cup (aku lupa beli cup muffin daaa, lain sikit sebenarnya dari cupcake) then bakar dengan kadar suhu 180c. Muffin ni lama sikit nak masak berbanding cupcake. So rajin rajin la zoom mata ke dalam ketuhar nak cari warna gold.
    6. Hias dan sedia dihidangkan (standet ayat wajib buku resepi <----)
    hmm hmm~

    tadaa
    Thankyou~



    Friday, August 3, 2012

    Durian: Cupcake

    Assalamualaikum. Memandangkan durian ada banyak ayah baru ambil dekat dusun so harini aku plan buat cupcake. Sebelum start musim durian ritu mak ada belikan buku resepi semua pasal durian oleh Chef Nor Aini Adnan. Semua ada 23 resepi dari masakan pedas sampailah baking, hoyeahh! Act, family aku tak makan durian sangat so yang lebih banyak durian dekat dusun tu better buat something macam ni. Okay okay jom tengok resepi, aku kalau google cari resepi yang bebel banyak tu yang aku close dulu hehe.

    Bahan- bahan: 
    • 250gm margerin
    • 230gm gula perang
    • 5 biji telur
    • 3-5 ulas durian (kalau yang taksuka durian sangat tu letak sikit sudah la janji ada rasa)
    • 250gm tepung berserbuk penaik
    • 1 tsp esen vanilla 
    • 1/2 tsp esen durian (aku takletak pun, cari takjumpa hehe)
    • ceri betik merah untuk hiasan

    Cara Buat: 
    1. Putar marjerin dengan gula sampai kembang pastu seling seli masukkan telur dengan tepung + isi durian. Selang seli okay biar adil hehe kang kau hentam sukahati semua sekali jahanam mesin kau.
    2. then masukan esen vanilla, esen durian dan putar pelahan.
    3. okay dah siap semua pastu apa lagi kasi masuk sama cup. haa before tu panaskan ketuhar dulu ya. Nak bakar guna suhu 180c okay selama 20 min. Tapi aku try taksampai 20min dah masak dah, alert la sikit bila ada nampak cahaya gold tu dah boleh angkat dah.

    Berikut gambar yang diambil menggunakan baby nikon aku . tehee
    Pembantu pembantu I, yang tak pakai baju tu bukan! si kacau tau main ja. Tengah ayak tepung
    suka hati nak campak macam mana pun

    cupcake durian FJ.
    TADAA!

    Wednesday, August 1, 2012

    Kueh: Buah Melaka

    Assalamualaikum.

    Dessert ini hari melayu sikit, Buah Melaka. First time I buat kuih muih tradisional ni itu pun lepas tok bising 'anak dara...bla bla' pastu sponsor tepung lagi suruh buat. okayy *muka terpaksa*

    Okay ini bahan bahannya:
    tepung pulut - satu cawan lebih (agak2 sudah)
    tepung beras - tak sampai setengah cawan
    pewarna (suka hati letak biru, warna asal selalunya orang letak hijau pandan atau merah)
    gula perang keras (hentam nama suka hati ) -.-
    air
    first sekali  campurkan tepung semua pastu letak pewarna sikit and then masuk kan air...tak terlalu lembik dan tak juga terlalu keras, ahhh acane nak nak kasi tahu ea..hehe


    err nama apa ntah gula tuu..

    agak2 la adunan tadi nak lembik macam tuu
    masukkan gula kat dalam pastu jadikan bulat macam bola tennis *semangat olympic*
    kasi rebus dalam air panas tak lama pun agak dia timbul macam gambar ni pastu angkat. Cepat2 kasi gaul sama kelapa parut sebab lama2 takut connected each other pulak. hehe
    tadaaa! 8 for August budak AAD kata koo
    Sorry gambar tak sharp tak sempat nak setting. Haritu I follow tutorial kat youtube pasal Aperture sakai setting sampai habis manual nak tukar auto rasa macam tak kena.

    SELAMAT BERBUKA!